• Home
  • Features
  • Archives
Seorang Nemo

Angau

ciklolita 10:17 pm 2 comments
  
 Aku duduk di atas batu. Tempat baik punya aku pilih. Aku tengok dia. Dia tengok aku.


                ‘Wei gila kenapa dia tengok aku. Malu dodol.’ monolog aku.

                Aku buat tak tahu. Aku jeling dia. Aku tak senyum. Ya, memang aku egois. Aku adalah seorang yang berfikiran negatif. Aku overthinking. Jadi, aku putuskan untuk mengabaikan perasaan durjana itu. Aku jalani hidup macam biasa dengan jahat aku yang orang nampak baik. Entah, bagi aku manusia zaman sekarang sudah rabun dek teknologi. Kesian kat diri aku, sama-sama terjebak dalam kancah penderaan dadah teknologi. Aku ketagih. Selalu, macam aku ketagih untuk melihat dia. Hihi.
                Aku tengah sibuk melukis, melukis lukisan-lukisan didalam kelas. Bukan rajin tapi tu assignment aku. Seronok tapi aku malas. Jadi, aku teruskan melukis dan padam. 

                ‘Nanti aku nak pinjam lukisan tu boleh?’ 

                Aku dengar suara bisikan itu. Bisikan syaitan mungkin. Ataupun bisikan yang dibisik bukan untuk aku tapi untuk orang sebelah aku. Sekali lagi, aku abaikan. Tapi aku selawat juga, takut kut-kut memang ada syaitan kat sini. 

                ‘Kau memang taknak layan aku ke Azi.’

                Aku terkejut. Macam suara dia. Tapi. Tak mungkinla. Aku lekas mendongakkan kepala untuk melihat si pemilik suara yang membuatkan hati aku berlari serupa F1.
                ‘Haaa pehal Ina. Nak pinjam? Boleh nanti.’ balas aku malas.
                Cis. Hampa. Mengeluh. Aku dah kronik. Gila bayang aku dah parah. Macam mana suara Ina tadi boleh garau macam suara dia? Sah, aku dah angau. Ni mesti gara-gara tak baca doa belajar sebelum melukis tadi. Aku sekali lagi mengeluh.
                Aku jalan-jalan petang. Ambil angin konon nak buang perasaan angau. Namun, aku makin angau sebab aku ternampak dia. Aku nampak dia berjalan menuju ke kabin. Cis, memang jodoh atau kebetulan? Tapi menurut pengetahuan aku, tiada istilah kebetulan dalam Islam. Mungkin jodoh. 

                ‘Bodoh, kau angau! Bukan dia seorang yang ke kabin petang tu, ramai lagi. Dan mungkin yang tengah jalan pakai seluar pendek atas lutut dikenakan dengan legging hitam, berkulit juga hitam manis tu jodoh kau? Atau mungkin yang sedang berjalan heret basikal tu jodoh kau? Kau angau!’ monolog aku bersifat sarkastik kali ini.

                Aku mengeluh lagi dan lagi. Aku meneruskan langkah dan dia turut mempercepatkan langkah. Aku lihat dia, dia lihat orang lain kali ni. Sekumpulan gadis menunggu dia untuk mengayuh basikal. Cis, aku kekalkan melangkah tapi lambat. Masa itu, dia tengok aku. Dia senyum. Aku terkedu. Aku buat-buat pandang tempat lain dan aku tak senyum. Mogok. Merajuk. Aku abaikan lagi Huh.
                Dia duduk dekat batu yang selalu aku duduk. Dia tengok aku. Aku tengok dia. Kali ni lama.

                ‘Hi. Lambat sampai’ dia berkata dengan nada yang agak kuat dan jelas.

                Aku senyum. Dia tunggu aku? Kenapa dia tunggu aku. Berbunga hati. Aku terus tersenyum sehinggakan ada suara lagi berbisik.

                ‘Hi sorry Irfan, saya ada class tadi.’ suara gadis yang datangnya dari belakang aku yg seakan berlari-lari anak ke arah ‘kami’.

                Oh, rupanya dia bukan tengok aku. Dia tengok gadis itu. Oh, tadi dia bercakap dengan gadis itu, bukan aku. Oh rupanya hari ni ramai orang lagi disekeliling tempat itu, bukan aku dan dia. Aku sudah angau. Tapi kali ini, angau tu aku buang depan dia. Aku robek di seluruh badan, aku pijak, aku ludah dan aku baling. Lalu aku pergi bersama air mata mengalir deras. Aku tewas.



ciklolita

ciklolita

Tanam lenggundi tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati, Balasan berbudi saya tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati.

Newer Post Older Post Home

2 comments:

  1. NajaFriday, January 06, 2017 4:39:00 pm

    Omg. Crush. Hihi

    Nais ah.kau pun pandai susun ayat cerpen. Sembang je hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ciklolitaSaturday, January 07, 2017 10:33:00 am

      Hahaha. Eleh kau pun sama je cakap orang hha. Aku ada bca.

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
Add comment
Load more...

About

Mariana Mohamad

Sweet 23

Followers

Shoutbox!

Blog Archive

  • ►  2020 (4)
    • ►  April 2020 (4)
  • ►  2019 (1)
    • ►  January 2019 (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  May 2018 (1)
  • ▼  2017 (22)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  June 2017 (3)
    • ▼  January 2017 (18)
      • Genesis Dunia
      • Vaksin
      • Jun, kau gagal!
      • Da'i Zahid Sam
      • Tak Tahu
      • Awan Pada Hari Itu
      • Angau
      • Si Pemetik Gitar
      • Mungkin...
      • Aku Sendiri
      • Sumpahan
      • Aku mahu kunyah!
      • Bulan Purnama
      • Awan Borneo
      • Deras
      • Sepi
      • Pilih
      • 2017?

Popular Posts

  • Hujan yang Sendu
    Hujan yang Sendu biarkan hujan terus berlari-lari, agar dia terus menjamah bumi, biarkan hujan terus berasak-asak jatuh, supaya dia ter...
  • Angau
        Aku duduk di atas batu. Tempat baik punya aku pilih. Aku tengok dia. Dia tengok aku.                 ‘Wei gila kenapa d...
  • My anxiety hits me well.
    What is my feeling when the academic schedule has been rescheduled? The first thought across over my head was “Ah, I need to survive f...
  • Jun, kau gagal!
                   ‘Jun, apa itu cinta?’                 ‘Cinta? Mana aku tahu. Cinta tu apa Ali?’                 ‘Aku tanya kau, ...
  • Si Bongsu.
                     Memang begitu rasanya lumrah jadi anak bongsu. Sering dimajakan, sering dituruti apa permintaanya dan paling disay...
  • Sumpahan
    Berbaju lengan pendek bertakhtakan mutiara kecil diseluruh baju dan dikenakan dengan sarung lengan tiga suku berwarna hitam. Tudung...
  • Kopi
    Kopi dihirup begitu kelat, Pahitnya rasa menyekat dikerongkong, Rasanya tidak sama seperti sepurnama yang lalu, Biarlah beribu kali ...
  • Mungkin...
    Mungkin kau nampak dia tak berjubah, tak berpurdah macam yang kau idam idamkan. Tapi pernah tak kau tahu? Dia yang selalu menjadi orang per...
  • Si Pemetik Gitar
    Tangan halus dia ligat berlari lari, Jari jari dia bijak mencari kod-kod sepi, Tangkas dia bergerak mengikut jiwa melodi, Lalu dia petik git...
  • Palin.
    Ada garis garis halus menyinggah di tubir mata, Ada kelopak tersenyum walau bibir dia ditabir, Dia mencari kata kata sakti, Lantas d...

Copyright © 2017 • Seorang Nemo | Designed By VeeThemes.Co.In