Hai. Sorry lama tak lama tak balik
dunia sebenar aku. Banyak sudah aku coretkan puisi-puisi dari bakat tak
seberapa aku ni. Tapi, kemudian nanti aku publish. Publish buku terus lah,
siapa mahu beli?
Baiklah, aku nak cerita tentang
satu perubahan besar bagi aku dalam hidup ini. Ya, bagi aku sangat besar
mungkin tidak engkau.
Aku dah buang app twitter dalam telefon bimbit aku!
Ya, hebat Nemo. Sebenarnya, aku
boleh dikatakan pemain tegar twitter tapi disebabkan akum ahu ubah diri aku
supaya tidak menjadi negative ( Ya, aku memang seorang yang negative)… maksud
aku, aku tidak mahu sikap pemikiran negative aku menguasai diri sehingga ‘overthinking’
dan cepat terasa, so aku buang, ‘uninstall’ twitter itu.
Ya, aku tahu itu sukar bagi orang
yang dah biasa menggunakan twitter sebagai tempat meluahkan perasaan and
mencari kebahagian tapi aku nasihatkan baik kau buang kalau kau tahu twitter
ini memakan diri. Sebenarnya, aku jenis tak ‘follow’ kawan sendiri ( contoh:
rakan sekelas) kerana kita tak tahu mungkin kita ada sakitkan hati mereka, dan
mereka jenis bagitahu dalam social media tu, dan kita terasa, benda ini akan
memburukkan keadaan yang boleh dikatakan masalah yang kecik, menjadi masalah
yang sungguh besar. Kemudian, mereka mungkin bagitahu sesuatu tentang orang
lain, tapi kita yang terasa. Parah. Dan itu aku dahulu.
Aku buang sebab aku ada terasa
dengan salah seorang classmate aku dan aku rasa stress, tak boleh tidur, jadi
aku membuat keputusan untuk ‘uninstall”.
Jadi, ada dua acara sebenarnya
untuk kau hilang sifat negatif yang sering berlaku apabila social media itu
masih kekal di telefon anda!
1. 1. ‘Remove’
kawan-kawan kau dari twitter
2. 2. DELETE
TWITTER! Senang.
Sejak kebelakangan ini, ada lagi
berlaku perang di dalam twitter yang meyebabkan tersingguh perasaan. Disitu aku
bersyukur, aku tidak terlibat lagi. Rasa tenang menyelubungi diri.
Sosial media berguna, kadang-kadang
dia menjadi fitnah, berdosa. Ada seseorang pernah berkata, jangan tulis sesuatu
yang boleh menaikkan marah orang walaupun kita tak tuju kepada sesiapa kerana
kita tak tahu manusia sikapnya macam mana.
Semoga Allah merahmati semuanya!
Maaf andai pendapat ini tidak sesuai
untuk diri sesiapa.
Lots of love, Nemo
0 comments:
Post a Comment