• Home
  • Features
  • Archives
Seorang Nemo

Sumpahan

ciklolita 5:39 am 1 comment



Berbaju lengan pendek bertakhtakan mutiara kecil diseluruh baju dan dikenakan dengan sarung lengan tiga suku berwarna hitam. Tudung bawal bermanik dipakai, disemat tepi atas dada. Ya, seluar skinny jeans disarung. Sendat hingga menampakkan halusnya pemilik kaki itu. Kasut tinggi berwarna putih disarung menayangkan warna kulit kaki. Cantik, desis hati kecil Ria. Ria melangkah dengan penuh yakin daripada rumah.
Ramai mata-mata melihat, memuji muji keanggunan Ria. Ria bangga. Makin giat menyarung baju t-shirt lengan pendek berwarna pink polka dot bersaizkan S yang pendek dan pakaian mengikut bentuk badan malah dikenakan pula dengan skinny jeans berwarna biru muda. Tudung selendang dililit masih dan masih atas dada. Kasut tinggi disarung kemas. Menawan kata hati Ria.
Ria berjalan di koridor sekolah memakai baju sekolah bersaiz S dan tudung sekolah yang bersaizkan M yang singkat. Dalam asyik berjalan, Ria terlanggar seorang gadis bertudung labuh, berpakaian longgar dan mukanya sungguh berseri. Ria cemburu namun hati Ria keras, dia sering bermonolog. Mungkin dan masih cemburu.

‘Aku takkan pakai pakaian bajet bajet alim macam tu. Eee, come on la, tak up to date langsung.’

Betul kata orang, kena pandai jaga sekiranya hendak berkata-kata. Kata-kata itu satu doa dan doa itu senjata orang mukmin.
Seorang gadis berjalan di koridor, melanggar bahu seorang gadis yang berbaju sekolah saiz S sehingga kedua mereka terduduk. Mereka saling bermaafan lalu gadis berbaju sekolah saiz S itu berlalu pergi. Tinggal seorang lagi gadis yang memakai blouse longgar, seluar slack longgar berwarna hitam, dikenakan selendang berwarna hitam disemat menutupi dada. Sarung lengan disarung, stoking kaki berwarna cream turut disarung dan dikenakan dengan flat shoes.

‘Eh Ria, kau jatuh ke? Kenapa masih duduk di situ? Boleh bangun tak? Tu la jalan tak tengok depan kan dan langgar orang. Eee kau tengok budak tadi, hish ketat betul baju dia. Bernafaskah dia?’

Tujuh tahun berlalu. Itulah dia, seorang yang berkata tidak akan memakai pakaian ‘bajet alim’ tetapi akhirnya cakap besar itu bagai terkena sumpahan. 

‘Gadis berbaju sekolah saiz S itu tadi seperti aku dahulu. Moga dia turut diberi hidayah sebab aku pernah merasai tempat dan keadaan dia. In sha Allah.’ Kata Ria sambil tersenyum dan bangkit untuk meneruskan langkah.




ciklolita

ciklolita

Tanam lenggundi tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati, Balasan berbudi saya tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati.

Newer Post Older Post Home

1 comment:

  1. NajaWednesday, January 04, 2017 10:11:00 pm

    Weiii 😭😭😭 cantik gila susun ayat. Nanti aku masukkan dlm bloglist aku wehe

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

About

Mariana Mohamad

Sweet 23

Followers

Shoutbox!

Blog Archive

  • ►  2020 (4)
    • ►  April 2020 (4)
  • ►  2019 (1)
    • ►  January 2019 (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  May 2018 (1)
  • ▼  2017 (22)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  June 2017 (3)
    • ▼  January 2017 (18)
      • Genesis Dunia
      • Vaksin
      • Jun, kau gagal!
      • Da'i Zahid Sam
      • Tak Tahu
      • Awan Pada Hari Itu
      • Angau
      • Si Pemetik Gitar
      • Mungkin...
      • Aku Sendiri
      • Sumpahan
      • Aku mahu kunyah!
      • Bulan Purnama
      • Awan Borneo
      • Deras
      • Sepi
      • Pilih
      • 2017?

Popular Posts

  • Hujan yang Sendu
    Hujan yang Sendu biarkan hujan terus berlari-lari, agar dia terus menjamah bumi, biarkan hujan terus berasak-asak jatuh, supaya dia ter...
  • Angau
        Aku duduk di atas batu. Tempat baik punya aku pilih. Aku tengok dia. Dia tengok aku.                 ‘Wei gila kenapa d...
  • Jun, kau gagal!
                   ‘Jun, apa itu cinta?’                 ‘Cinta? Mana aku tahu. Cinta tu apa Ali?’                 ‘Aku tanya kau, ...
  • My anxiety hits me well.
    What is my feeling when the academic schedule has been rescheduled? The first thought across over my head was “Ah, I need to survive f...
  • Si Bongsu.
                     Memang begitu rasanya lumrah jadi anak bongsu. Sering dimajakan, sering dituruti apa permintaanya dan paling disay...
  • Sumpahan
    Berbaju lengan pendek bertakhtakan mutiara kecil diseluruh baju dan dikenakan dengan sarung lengan tiga suku berwarna hitam. Tudung...
  • Kopi
    Kopi dihirup begitu kelat, Pahitnya rasa menyekat dikerongkong, Rasanya tidak sama seperti sepurnama yang lalu, Biarlah beribu kali ...
  • Mungkin...
    Mungkin kau nampak dia tak berjubah, tak berpurdah macam yang kau idam idamkan. Tapi pernah tak kau tahu? Dia yang selalu menjadi orang per...
  • Si Pemetik Gitar
    Tangan halus dia ligat berlari lari, Jari jari dia bijak mencari kod-kod sepi, Tangkas dia bergerak mengikut jiwa melodi, Lalu dia petik git...
  • Palin.
    Ada garis garis halus menyinggah di tubir mata, Ada kelopak tersenyum walau bibir dia ditabir, Dia mencari kata kata sakti, Lantas d...

Copyright © 2017 • Seorang Nemo | Designed By VeeThemes.Co.In