Tapi pernah tak kau tahu?
Dia yang selalu menjadi orang pertama dalam menderma kat pasar malam, tepi bank, budak budak kecik tanpa kisah itu sindeket atau tak.
Mungkin kau jarang nampak dia berjemaah di masjid, surau di setiap pelusuk negara dan setiap waktu solat.
Tapi adakah kau fikir?
Dia orang yang selalu bagi kucing kucing liar makan kat tepi jalan, kat mamak, kat restoran dan juga kucing jiran depan tepi belakang.
Mungkin lagi kau nampak dia ketawa sana ketawa sini macam tak jaga adab.
Tapi mengerti tak engkau?
Dia orang yang selalu tolong makcik buta lintas jalan, tolong angkat sampah makcik cleaner kat aeon, sekolah, giant sambil dengar makcik itu mengadu nasib dengan setia.
Dan mungkin, kau tak pandang dia.
Seinci pun.
Tapi pernah tak kau tahu?
Hati dia itu lagi suci lagi bersih, lagi Allah mahu pandang!
Sebab apa?
Sebab jiwa dia hidup. Dia tak hipokrit. Dia tak riak.
Cukupla jadi yang biasa biasa kalau kita sedar kita tak mampu jadi yang luar biasa.
Tapi biarla biasa biasa itu biasa yang tahu jaga diri, agama, bangsa dan negara!
Berhikmahlah! Kita juga pernah tak tahu.
Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati.
Minta maaf awal awal.
photo by: nurul ain basirah |
Siot..suka gila yang ni
ReplyDelete