• Home
  • Features
  • Archives
Seorang Nemo

Vaksin

ciklolita 4:18 pm No Comment


                Aku jumpa dia di dalam longkang tepi jalan. Mujur longkang itu agak besar dan agak berdekatan dengan tong sampah recycle. Masa itu, aku mahu membuang plastik aiskrim rama-rama aku itu, aku nampak dia bersendirian. Itu tidak kebiasaan aku, selalu aku akan campak sahaja plastik itu untuk menambahkan kepanasan  global. Mungkin ada hikmah. Ya, hikmah aku ternampak dia. 

Dia bising, seakan-akan mencari sesuatu. Dia kekal bising, seolah-olah meminta sesuatu. Aku cuba mendekati dia. Dia tidak senyum. Dia bising dan terus bising. Kemudian, aku beri dia aiskrim aku walaupun sebenarnya aku si tangkai jering dan saat aku suapkan aiskrim aku di dalam mulut, dia diam seketika. Aku rasa bahagia kerana pengorbanan aku tidak sia-sia. Tetapi punah, bahagia yang sekejap cuma. Dia kembali menangis walaupun sudah berkali-kali aku suakan aiskrim rama-rama berharga rm1 itu. Aku buntu.

Aku cuba mengambil dia dengan menuruni bukit longkang itu, tetapi aku gagal kerana faktor tubuhku yang agak kecil. Aku cuba lagi, namun kali ini aku jatuh tersungkur. Habis luka lutut aku yang sememangnya penuh dengan parut. Aku menangis. Jatuh kali ini benar-benar sakit. Pantas aku toleh kanan, aku nampak dia. Mata dia berwarna coklat kacang. Comel tetapi dia masih bising. Aku menjerit meminta tolong kerana aku dan dia sudah terperangkap di dalam longkang yang sama.

“Afif! Kenapa boleh jatuh ni? Penat ibu cari. Sini, pegang tangan ibu kuat-kuat.”

Aku pegang tangan ibu dengan sekuat hati, dengan kudrat ibu yang tinggi, aku berjaya panjat longkang yang agak curam itu. Aku tersengih sambil menyeka air mata kesakitan.

“Ibu, dia tu kenapa bising ibu? Afif dah bagi dia aiskrim yang kita beli tadi. Kenapa dia tak     mahu makan, ibu?”

Ibu aku diam. Malah dia pantas mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor yang aku pun tidak tahu. Aku cuma diam dan fokusku hanya kepada dia sehingga ibu mengalihkan telefon bimbit dari telinga.

“Ibu, jawablah soalan Afif. Ibu telefon siapa?”

“Ibu telefon polis Afif. Bayi tu ada orang yang tak bertanggungjawab buang bayi tu dalam longkang ini. Kesian dia Afif."

“Orang yang tak bertanggungjawab tu apa ibu?”

“Nak, orang yang tak bertanggungjawab ni jahat. Dia buat benda jahat contohnya macam ini la, dia buang bayi dia, dia taknak jaga macam ibu dan ayah jaga Afif. Dia tak takut kepada Allah. Dia tak kesian dan sayang pada anaknya sendiri.” Kata ibu yang seakan mahu menangis. Mungkin sebak.

“Jahatnya orang itu ibu. Kesiannya bayi ini. Ibu jangan nangis, Afif dah 5 tahun esok, Afif dah besar, Afif boleh jaga ibu dengan ayah. Afif tidak akan buang ibu dan ayah dalam longkang.”

Ibu senyum lalu dia memeluk aku seeratnya. Beberapa minit kemudian, siren polis dan ambulan kedengaran. Ibu dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi. Aku hanya memerhati.

Dua puluh lima tahun sudah berlalu, peristiwa itu masih berlegar-legar di dalam benak fikiran aku. Peristiwa itu menyebabkan aku sudah menjadi doktor pakar pediatrik di dalam usia awal 30-an. Aku telah merawat beratus-ratus bayi tidak saf taraf yang dibuang di longkang, tong sampah, sungai, masjid, surau, tepi pondok, ladang kelapa sawit dan di tepi loji. Zaman kian berlalu, kes pembuangan bayi meningkat. Bayi bayi yang tidak berdosa ini boleh jumpa di mana mana. Aku kecewa. Jiwa muda pada hari ini sudah hilang kesantunanya. Mereka alpa dengan keasyikan dunia yang sementara. Aku berkerjaya sebagai doktor ini masih gagal mencari vaksin penyelamat.

“Afif, ibu teringin nak makan bubur jagung. Mana nak dapat ya?”

“Oh Afif tahu, jom ibu, kita pergi makan bubur jagung. Ibu dan ayah siap-siap ya!”

Dan dalam dua puluh lima tahun itu, aku menjaga ibu dan ayah di samping menjaga dua orang anak aku dan isteri tercinta. Tanpa ibu dan ayah yang mahu membela malah menjaga aku, aku tidak berada di sini. Aku tidak berjaya seperti hari ini, aku tidak sebahagia hari ini. Aku bersyukur. Terima kasih Allah atas nikmat ini.



ciklolita

ciklolita

Tanam lenggundi tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati, Balasan berbudi saya tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati.

Newer Post Older Post Home

0 comments:

Post a Comment

About

Mariana Mohamad

Sweet 23

Followers

Shoutbox!

Blog Archive

  • ►  2020 (4)
    • ►  April 2020 (4)
  • ►  2019 (1)
    • ►  January 2019 (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  May 2018 (1)
  • ▼  2017 (22)
    • ►  August 2017 (1)
    • ►  June 2017 (3)
    • ▼  January 2017 (18)
      • Genesis Dunia
      • Vaksin
      • Jun, kau gagal!
      • Da'i Zahid Sam
      • Tak Tahu
      • Awan Pada Hari Itu
      • Angau
      • Si Pemetik Gitar
      • Mungkin...
      • Aku Sendiri
      • Sumpahan
      • Aku mahu kunyah!
      • Bulan Purnama
      • Awan Borneo
      • Deras
      • Sepi
      • Pilih
      • 2017?

Popular Posts

  • Hujan yang Sendu
    Hujan yang Sendu biarkan hujan terus berlari-lari, agar dia terus menjamah bumi, biarkan hujan terus berasak-asak jatuh, supaya dia ter...
  • Angau
        Aku duduk di atas batu. Tempat baik punya aku pilih. Aku tengok dia. Dia tengok aku.                 ‘Wei gila kenapa d...
  • My anxiety hits me well.
    What is my feeling when the academic schedule has been rescheduled? The first thought across over my head was “Ah, I need to survive f...
  • Jun, kau gagal!
                   ‘Jun, apa itu cinta?’                 ‘Cinta? Mana aku tahu. Cinta tu apa Ali?’                 ‘Aku tanya kau, ...
  • Si Bongsu.
                     Memang begitu rasanya lumrah jadi anak bongsu. Sering dimajakan, sering dituruti apa permintaanya dan paling disay...
  • Sumpahan
    Berbaju lengan pendek bertakhtakan mutiara kecil diseluruh baju dan dikenakan dengan sarung lengan tiga suku berwarna hitam. Tudung...
  • Kopi
    Kopi dihirup begitu kelat, Pahitnya rasa menyekat dikerongkong, Rasanya tidak sama seperti sepurnama yang lalu, Biarlah beribu kali ...
  • Mungkin...
    Mungkin kau nampak dia tak berjubah, tak berpurdah macam yang kau idam idamkan. Tapi pernah tak kau tahu? Dia yang selalu menjadi orang per...
  • Si Pemetik Gitar
    Tangan halus dia ligat berlari lari, Jari jari dia bijak mencari kod-kod sepi, Tangkas dia bergerak mengikut jiwa melodi, Lalu dia petik git...
  • Palin.
    Ada garis garis halus menyinggah di tubir mata, Ada kelopak tersenyum walau bibir dia ditabir, Dia mencari kata kata sakti, Lantas d...

Copyright © 2017 • Seorang Nemo | Designed By VeeThemes.Co.In