• Home
  • Features
  • Archives
Seorang Nemo
ciklolita 12:00 pm No Comment
Teringat pasal ptptn, aku tiba-tiba teringat zaman zaman kejatuhan dan zaman diberi kenikmatan oleh Allah. Ya, banyak dah aku tempuhi. Pasal pelajaran dan kawan. 

Bermula dari tadika, aku tadika daripada umur 5 tahun. Masa tu, aku tak reti pun abc mengeja semua. Aku selalu dapat nombor last. Dan orang taknak kawan pun. Sebab apa? Sebab aku tak pandai. 😏

Lepas tu, waktu 6 tahun. Zaman aku kegemilangan, selalu dapat nombor satu dalam kelas. But yeah, kawan? Takde kot. Satu hari tu, aku tak puasa. Kawan-kawan lain semua taknak kawan dengan aku sebab aku tak puasa 😏

Then, bermula la zaman alam persekolahan yang bawak beg berat-berat. Sekolah pagi petang. Ya demi untuk aku hari ini. Aku sekolah agama sampai darjah 4 je, lepas darjah 4 aku berhenti sebab apa? Sebab kawan😏 Kawan-kawan sekolah agama aku semua macam buli aku, dorang kata aku makan nasi goreng yg letak dalam plastik tu selekeh. Siapa je makan makanan dalam plastik tu tak selekeh?😏 Aku tak tahu la kenapa mereka ni tak suka sangat aku? Hahahaha.

Jadinya, masa darjah 1-3 tu zaman aku pandai la. Selalu dapat nombor 1-10. Dan masa darjah 2 tu kat sekolah rendah, ada kawan dah. Geng kau. Tapi kat sekolah agama takde geng, sebab lain-lain sekolah agama dengan geng aku tu. Kemudian, masa darjah 4, pelajaran aku merundum. Aku dapat nombor last, pastu aku kene turun kelas. Masuk kelas kedua hahahah kira tu zaman kejatuhan la. 

Masuk darjah 5 kan dh kelas kedua, zaman aku pandai balik pulak. Hahahaha, geng? Takde dh kot, sbb tu aku kelas kedua. Dorang mana kawan org kelas kedua. 🌚

Setahun kemudian, dah darjah 6. Aku masuk balik ke kelas pertama. Dan geng aku pun kembali la hahaha. Lepas tu pisah balik sebab semua pindah sekolah lain-lain. Oh ya, antara geng aku, aku la paling tak pandai. UPSR 3A2B. Bagi aku dh wow dh tu. Bagi mereka tak kot😂

Ada sambungan. Lol.
Read More
ciklolita 10:18 pm No Comment

Ada garis garis halus menyinggah di tubir mata,
Ada kelopak tersenyum walau bibir dia ditabir,
Dia mencari kata kata sakti,
Lantas dia menghujah mengikut jiwa nan suci,

Di setiap lewat pandangan dia,
Di setiap tusukan ayat dilontar bersama raga,
Menyedarkan aku yang terpaku,
 Dipaku oleh kealpaan dunia,

Semoga terus menjadi inspirasi kepada orang lain kerana saya terinspirasi.

Kita bertemu dengan satu ikatan ukhuwah yang mana ukhuwah itu sebagai janji. Mahukan kamu memungkari janji itu?

Katil B1-30 Unisza Tembila, 8 May 2017, 8.27pm
Read More
ciklolita 10:11 pm No Comment
Aku meruyupkan mata sambil berbaringan,
Nyiru ditebuk disua perlahan,
Geringan matahari memancar-mancar,
Angin berbahasa kasar hingga menampar-nampar pipi,

Aku membuka mata sambil berbaringan,
Nyiru dilempar rakus,
Bintang-bintang berkerlipan mengukir,
Angin terus bersepoi kasar,

Aku melepaskan lelah dan kesah
Nafas ditarik lalu dihembus kuat 
Rinduku digamit akan kisah tentang kita
Yang telah lapuk dek pancaran terik sang matahari


Okay puisi ini khas untuk Miji. Kawan satu U. Hahaha. Thanks for kad raya and thanks for everything actually. Hahahaha. I dont love you.💕
.
Bilik baru Jb, 12 June 16, 6.16pm
Read More
ciklolita 9:29 pm No Comment


           

     Memang begitu rasanya lumrah jadi anak bongsu. Sering dimajakan, sering dituruti apa permintaanya dan paling disayangi. Ah persetankan semua itu. Itu semua prejudis orang bukan anak bongsu terhadap anak bongsu. Aku tahu setiap anak ada sengsaranya, tapi kisah anak bongsu, ramai orang dibutakan mata dengan kemewahan , kasih dan sayang.

                Kalau kau nak tahu, anak bongsu paling banyak sengsaranya. Dia paling diam bila dengan family. 

Sebab apa? Sebab semua tak pandang dia, semua tak percaya kata-kata dia.
Kerana apa? Kerana orang pandang dia tak tahu apa-apa.

                Oleh itu, kami diam. Kami jadi egositik. Kami jadi sarkastik. Kami emotional sebab perasaan kami tidak siapa mahu ambil tahu. Kata-kata kami ibarat pisau menikam badan dan hati. Bukan kami tak peduli cuma kami ego. 

                Nak tahu kenapa kami ego? Sebab cara kami membesar. Disaat anak sulung, anak kedua, anak ketiga pulang dari sekolah, ada adik bongsu yang menanti mereka dirumah. Disuruh itu, disuruh ini. Kami? Pulang sekolah, rumah sunyi yang ada Cuma emak yang tengah duduk menonton televisyen. Kami cuba bercerita dekat mak apa yang berlaku di sekolah, tapi mak ambil tak endah. Bukan salah mak, mungkin waktu itu waktu dia berehat setelah berhempas pulas memasak dan mengemas rumah.

                Dan akhirnya, kami di mengurung diri dibilik. Melayan perasaan mengikut hobi masing-masing. Semestinya, aku akan mencapai pen lalu menulis. Aku susun aksara satu persatu sehugga keluhanku diluahkan di balik erti dan makna. 

                Sampai masa, masalah yang kami hadapi kami rasa tidak perlu diberitahu sesiapa mahunpun keluarga tersendiri. Kami cuba menyelesaikan sendiri lalu kami jadi memberontak kalau kami disuruh itu dan ini.

                Kami tak suka, kami benci orang yang suka mengarah kami (terutamanya anak sulung, tapi tak semua.) Kami akan jadi ego-segonya. Jangan harap kami akan ikut telunjuk. Kami boleh jadi sedingin-dinginnya dan jangan tanya kami kenapa. 

                 “Hey. Jangan mengarah-arah aku, kau tiada hak. Aku tahu apa yang aku perlu buat untuk hidup aku. Kau tak perlu hirau. Nah, jalani sahaja dunia ini dengan orang-orang yang kau boleh arah. Bukan aku.”

                Tetapi kau kene sedar, kami sebenarnya sepi. Kami kesunyian. Kami sudah biasa hidup sendirian, kami dahagakan kasih sayang daripada ahli keluarga yang lain. Tapi mereka tidak endah. Ye lah, dah ada keluarga dan anak masing-masing. Kami ibarat orang suruhan mereka tidk lebih dari itu. Tidak lebih.

                Kesunyian kami menjadikan kami sarkastik. Jangan kau tanya kenapa kepada kami. Malah, tanya pada diri sendiri macam mana layanan kau pada kami sebelum ini. Tidak apa yang boleh diubah keadaan kami. Kami dah terbiasa hidup sunyi sebegini. Sunyi itu biasa. Makan sorang-sorang itu tiada masalah. Tercampak belajar jauh-jauh itu tak heran. Menangis seorang diri itu sering. 

                Kami bila bersama kawan-kawan, kami berubah 360 darjah. Kami nampak bahagia seperti tiada masalah sebab kami tidak pernah share. Bagi kami buat apa nak kongsi masalah, kau bukan kisah pun hal kami, kau hanya mampu kesian, bukan? Ada orang-orang pernah berkata kepada kami.
“Bila je nak nampak kau tak happy, badmood?”
Well, mari jemput datang rumah kami. Tengok kami dicelah-celah pintu, dan waktu itu kau akan nampak reaitii kami. Sekian.

Kami tu aku refer untuk anak bongsu, tapi bukan semua mungkin aku sorang sahaja. Sesiapa anak bongsu yang hidupnya tidak sunyi, aku ucapkan tahniah, kau memang hebat.

Sekian.
Read More
ciklolita 5:49 pm No Comment
Hari hari kini kian pantas berlalu
Genesis dunia kerap ditoleh
Dibelek genotip sang insan genjur
Apakah kita sudah terlewat? 

Masa di era ini deras berdetik detik
Kealpaan dunia menjadi pedoman
Mana semua si adab dan agama
Hilang dicelah timbunan teknologi

Jari jari zaman ini tangkas berlari lari
Menekan nekan si gajet durjana
Habis tumpah segala fitnah dan aib
Dimanakah suntikan vaksin penyelamat?

Gahnya dunia berlambangkan kecanggihan,
Lecaknya perilaku dipandang enteng,
Bumi ini sudah tenat tak berdaya,
Menampung dosa setiap penghuni dunia,

Ayuh bangkit,
Hapuskan kemungkaran.
Kembalikan kebaikan.


29-01-2017, 2.53 pm, katil B1-30 unisza besut

Read More
ciklolita 4:18 pm No Comment


                Aku jumpa dia di dalam longkang tepi jalan. Mujur longkang itu agak besar dan agak berdekatan dengan tong sampah recycle. Masa itu, aku mahu membuang plastik aiskrim rama-rama aku itu, aku nampak dia bersendirian. Itu tidak kebiasaan aku, selalu aku akan campak sahaja plastik itu untuk menambahkan kepanasan  global. Mungkin ada hikmah. Ya, hikmah aku ternampak dia. 

Dia bising, seakan-akan mencari sesuatu. Dia kekal bising, seolah-olah meminta sesuatu. Aku cuba mendekati dia. Dia tidak senyum. Dia bising dan terus bising. Kemudian, aku beri dia aiskrim aku walaupun sebenarnya aku si tangkai jering dan saat aku suapkan aiskrim aku di dalam mulut, dia diam seketika. Aku rasa bahagia kerana pengorbanan aku tidak sia-sia. Tetapi punah, bahagia yang sekejap cuma. Dia kembali menangis walaupun sudah berkali-kali aku suakan aiskrim rama-rama berharga rm1 itu. Aku buntu.

Aku cuba mengambil dia dengan menuruni bukit longkang itu, tetapi aku gagal kerana faktor tubuhku yang agak kecil. Aku cuba lagi, namun kali ini aku jatuh tersungkur. Habis luka lutut aku yang sememangnya penuh dengan parut. Aku menangis. Jatuh kali ini benar-benar sakit. Pantas aku toleh kanan, aku nampak dia. Mata dia berwarna coklat kacang. Comel tetapi dia masih bising. Aku menjerit meminta tolong kerana aku dan dia sudah terperangkap di dalam longkang yang sama.

“Afif! Kenapa boleh jatuh ni? Penat ibu cari. Sini, pegang tangan ibu kuat-kuat.”

Aku pegang tangan ibu dengan sekuat hati, dengan kudrat ibu yang tinggi, aku berjaya panjat longkang yang agak curam itu. Aku tersengih sambil menyeka air mata kesakitan.

“Ibu, dia tu kenapa bising ibu? Afif dah bagi dia aiskrim yang kita beli tadi. Kenapa dia tak     mahu makan, ibu?”

Ibu aku diam. Malah dia pantas mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor yang aku pun tidak tahu. Aku cuma diam dan fokusku hanya kepada dia sehingga ibu mengalihkan telefon bimbit dari telinga.

“Ibu, jawablah soalan Afif. Ibu telefon siapa?”

“Ibu telefon polis Afif. Bayi tu ada orang yang tak bertanggungjawab buang bayi tu dalam longkang ini. Kesian dia Afif."

“Orang yang tak bertanggungjawab tu apa ibu?”

“Nak, orang yang tak bertanggungjawab ni jahat. Dia buat benda jahat contohnya macam ini la, dia buang bayi dia, dia taknak jaga macam ibu dan ayah jaga Afif. Dia tak takut kepada Allah. Dia tak kesian dan sayang pada anaknya sendiri.” Kata ibu yang seakan mahu menangis. Mungkin sebak.

“Jahatnya orang itu ibu. Kesiannya bayi ini. Ibu jangan nangis, Afif dah 5 tahun esok, Afif dah besar, Afif boleh jaga ibu dengan ayah. Afif tidak akan buang ibu dan ayah dalam longkang.”

Ibu senyum lalu dia memeluk aku seeratnya. Beberapa minit kemudian, siren polis dan ambulan kedengaran. Ibu dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi. Aku hanya memerhati.

Dua puluh lima tahun sudah berlalu, peristiwa itu masih berlegar-legar di dalam benak fikiran aku. Peristiwa itu menyebabkan aku sudah menjadi doktor pakar pediatrik di dalam usia awal 30-an. Aku telah merawat beratus-ratus bayi tidak saf taraf yang dibuang di longkang, tong sampah, sungai, masjid, surau, tepi pondok, ladang kelapa sawit dan di tepi loji. Zaman kian berlalu, kes pembuangan bayi meningkat. Bayi bayi yang tidak berdosa ini boleh jumpa di mana mana. Aku kecewa. Jiwa muda pada hari ini sudah hilang kesantunanya. Mereka alpa dengan keasyikan dunia yang sementara. Aku berkerjaya sebagai doktor ini masih gagal mencari vaksin penyelamat.

“Afif, ibu teringin nak makan bubur jagung. Mana nak dapat ya?”

“Oh Afif tahu, jom ibu, kita pergi makan bubur jagung. Ibu dan ayah siap-siap ya!”

Dan dalam dua puluh lima tahun itu, aku menjaga ibu dan ayah di samping menjaga dua orang anak aku dan isteri tercinta. Tanpa ibu dan ayah yang mahu membela malah menjaga aku, aku tidak berada di sini. Aku tidak berjaya seperti hari ini, aku tidak sebahagia hari ini. Aku bersyukur. Terima kasih Allah atas nikmat ini.



Read More
ciklolita 8:00 am 1 comment


               ‘Jun, apa itu cinta?’

                ‘Cinta? Mana aku tahu. Cinta tu apa Ali?’

                ‘Aku tanya kau, kau janganlah tanya balik.’

                ‘Mungkin perasaan.’

                ‘Huraikan please.’

                ‘Aku tak pandai explain la Ali, aku selalu bermain dengan kiasan.’

                ‘Cubalah kau explain tanpa kiasan Jun. Aku nak tahu.’

    ‘Cinta itu perasaan. Datang tanpa diduga, pergi tanpa dipinta. Cinta, boleh
     membinasakan. Cinta juga boleh membahagiakan. Atau kedua-keduanya. Ikutlah 
     kita pilih jalan cinta yang mana. Kenapa kau tanya?’

    ‘Aku sahaja tanya. Tiada apa pun.’

        Aku senyap. Aku hanya mendengar apa yang diceloteh oleh Ali. Seperti biasa aku menjadi pendengar setia, aku tersenyum, aku ketawa. Aku selesa, aku suka kerana dia percaya aku, aku suka dengar suara dia bercerita tentang apa-apa. 

                ‘Jun!’

       Aku menoleh ke kiri. Aku senyum. Yuna sedang berjalan ke arah aku. Yunabukan kawan rapat aku di sini tapi dia suka cerita pasal Ali. Mungkin sebab aku satu-satunya kawan perempuan yang Ali rapat. Aku muak, menyampah tapi aku hanya mampu menjadi pendengar setia. 

                ‘Ada apa Yuna?’

                ‘Aku confess dekat Ali. ’

                ‘Weh. Serious la? Tahniah wei! Aku happy untuk kau.’

        Yuna tersipu malu. Timing baik, masa itu Ali sedang jalan menuju ke arah kami. Dua-dua tersipu malu. Aku turut tersenyum sambil mengusik. 
 
‘Haa Ali, aku lupa nak bagitahu hari tu, cinta itu sakti. Cinta itu menguatkan bukan melemahkan. Cinta itu bila kau boleh tengok dia bahagia dengan orang yang dia cinta. Cinta itu bila kau masih berkawan dengan dia walaupun dia tak pilih kau. Cinta itu sebuah pengorbanan. Macam aku korbankan perasaan aku untuk kebahagiaan kau bersama dia.’ hanya monolog redha Jun dalam hati. Suara Jun masih tersekat di anak tekak. Susah, sukar mahu melontar. Tidak berdaya.

      Jun terbaring lesu. Seperti biasa di atas sofa merah di ruang tengah rumah dia. Jun jadi malas, malas mahu kemana atau melangkah. Lagu big bang dipasang kuat, bait bait lirik lagu dibiar sepi. Fikiran Jun menerawang hilang bersama alunan indah melodi itu. Terus, dan masih terus lagu big bang dipasang menghuni ruang legar itu. Jun menghayati setiap aksara lirik itu. Jun, kau gagal.

‘Cinta itu sebuah pengorbanan? Persetankan semua itu. Kau salah, bila kau cinta, kau kena pertahankan. Kau kena luahkan. Fight for it. Kau kena usaha, bukan mengalah. Sampai bila kau mahu biar diri kau derita? Kau gagal, kau tidak boleh kata ini takdir kau, kalau kau tak usaha. Maka, bersedihlah engkau.’ –BIG BANG

Read More
Newer Posts Older Posts Home

About

Mariana Mohamad

Sweet 23

Followers

Shoutbox!

Blog Archive

  • ►  2020 (4)
    • ►  April 2020 (4)
  • ►  2019 (1)
    • ►  January 2019 (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  May 2018 (1)
  • ▼  2017 (22)
    • ▼  August 2017 (1)
      • Belajar dan Kawan.
    • ►  June 2017 (3)
      • Palin.
      • Lelah dan Kesah.
      • Si Bongsu.
    • ►  January 2017 (18)
      • Genesis Dunia
      • Vaksin
      • Jun, kau gagal!

Popular Posts

  • Hujan yang Sendu
    Hujan yang Sendu biarkan hujan terus berlari-lari, agar dia terus menjamah bumi, biarkan hujan terus berasak-asak jatuh, supaya dia ter...
  • Angau
        Aku duduk di atas batu. Tempat baik punya aku pilih. Aku tengok dia. Dia tengok aku.                 ‘Wei gila kenapa d...
  • Jun, kau gagal!
                   ‘Jun, apa itu cinta?’                 ‘Cinta? Mana aku tahu. Cinta tu apa Ali?’                 ‘Aku tanya kau, ...
  • My anxiety hits me well.
    What is my feeling when the academic schedule has been rescheduled? The first thought across over my head was “Ah, I need to survive f...
  • Si Bongsu.
                     Memang begitu rasanya lumrah jadi anak bongsu. Sering dimajakan, sering dituruti apa permintaanya dan paling disay...
  • Sumpahan
    Berbaju lengan pendek bertakhtakan mutiara kecil diseluruh baju dan dikenakan dengan sarung lengan tiga suku berwarna hitam. Tudung...
  • Kopi
    Kopi dihirup begitu kelat, Pahitnya rasa menyekat dikerongkong, Rasanya tidak sama seperti sepurnama yang lalu, Biarlah beribu kali ...
  • Mungkin...
    Mungkin kau nampak dia tak berjubah, tak berpurdah macam yang kau idam idamkan. Tapi pernah tak kau tahu? Dia yang selalu menjadi orang per...
  • Si Pemetik Gitar
    Tangan halus dia ligat berlari lari, Jari jari dia bijak mencari kod-kod sepi, Tangkas dia bergerak mengikut jiwa melodi, Lalu dia petik git...
  • Palin.
    Ada garis garis halus menyinggah di tubir mata, Ada kelopak tersenyum walau bibir dia ditabir, Dia mencari kata kata sakti, Lantas d...

Copyright © 2017 • Seorang Nemo | Designed By VeeThemes.Co.In