Memang
begitu rasanya lumrah jadi anak bongsu. Sering dimajakan, sering dituruti apa
permintaanya dan paling disayangi. Ah persetankan semua itu. Itu semua prejudis
orang bukan anak bongsu terhadap anak bongsu. Aku tahu setiap anak ada
sengsaranya, tapi kisah anak bongsu, ramai orang dibutakan mata dengan
kemewahan , kasih dan sayang.
Kalau
kau nak tahu, anak bongsu paling banyak sengsaranya. Dia paling diam bila
dengan family.
Sebab apa? Sebab semua tak pandang dia, semua tak percaya
kata-kata dia.
Kerana apa? Kerana orang pandang dia tak tahu apa-apa.
Oleh
itu, kami diam. Kami jadi egositik. Kami jadi sarkastik. Kami emotional sebab
perasaan kami tidak siapa mahu ambil tahu. Kata-kata kami ibarat pisau menikam
badan dan hati. Bukan kami tak peduli cuma kami ego.
Nak
tahu kenapa kami ego? Sebab cara kami membesar. Disaat anak sulung, anak kedua,
anak ketiga pulang dari sekolah, ada adik bongsu yang menanti mereka dirumah.
Disuruh itu, disuruh ini. Kami? Pulang sekolah, rumah sunyi yang ada Cuma emak
yang tengah duduk menonton televisyen. Kami cuba bercerita dekat mak apa yang
berlaku di sekolah, tapi mak ambil tak endah. Bukan salah mak, mungkin waktu
itu waktu dia berehat setelah berhempas pulas memasak dan mengemas rumah.
Dan
akhirnya, kami di mengurung diri dibilik. Melayan perasaan mengikut hobi
masing-masing. Semestinya, aku akan mencapai pen lalu menulis. Aku susun aksara
satu persatu sehugga keluhanku diluahkan di balik erti dan makna.
Sampai
masa, masalah yang kami hadapi kami rasa tidak perlu diberitahu sesiapa mahunpun
keluarga tersendiri. Kami cuba menyelesaikan sendiri lalu kami jadi memberontak
kalau kami disuruh itu dan ini.
Kami
tak suka, kami benci orang yang suka mengarah kami (terutamanya anak sulung,
tapi tak semua.) Kami akan jadi ego-segonya. Jangan harap kami akan ikut
telunjuk. Kami boleh jadi sedingin-dinginnya dan jangan tanya kami kenapa.
“Hey. Jangan mengarah-arah aku, kau tiada hak.
Aku tahu apa yang aku perlu buat untuk hidup aku. Kau tak perlu hirau. Nah,
jalani sahaja dunia ini dengan orang-orang yang kau boleh arah. Bukan aku.”
Tetapi
kau kene sedar, kami sebenarnya sepi. Kami kesunyian. Kami sudah biasa hidup
sendirian, kami dahagakan kasih sayang daripada ahli keluarga yang lain. Tapi
mereka tidak endah. Ye lah, dah ada keluarga dan anak masing-masing. Kami
ibarat orang suruhan mereka tidk lebih dari itu. Tidak lebih.
Kesunyian
kami menjadikan kami sarkastik. Jangan kau tanya kenapa kepada kami. Malah,
tanya pada diri sendiri macam mana layanan kau pada kami sebelum ini. Tidak apa
yang boleh diubah keadaan kami. Kami dah terbiasa hidup sunyi sebegini. Sunyi
itu biasa. Makan sorang-sorang itu tiada masalah. Tercampak belajar jauh-jauh
itu tak heran. Menangis seorang diri itu sering.
Kami
bila bersama kawan-kawan, kami berubah 360 darjah. Kami nampak bahagia seperti
tiada masalah sebab kami tidak pernah share. Bagi kami buat apa nak kongsi
masalah, kau bukan kisah pun hal kami, kau hanya mampu kesian, bukan? Ada
orang-orang pernah berkata kepada kami.
“Bila je nak nampak kau tak happy, badmood?”
Well, mari jemput datang rumah kami. Tengok kami
dicelah-celah pintu, dan waktu itu kau akan nampak reaitii kami. Sekian.
Kami tu aku refer untuk anak bongsu, tapi bukan semua
mungkin aku sorang sahaja. Sesiapa anak bongsu yang hidupnya tidak sunyi, aku
ucapkan tahniah, kau memang hebat.
Sekian.
0 comments:
Post a Comment